Tuesday 25 October 2011

TPA Qiraati As-Syakirin


Kepada :  Semua Ibu Bapa Pelajar / Waris

Assalamualaikum....
Alhamdulillah dengan rasa syukur pada Allah s.w.t  dengan limpah kurnianya TPA Qiraati As-Syakirin dapat beroperasi pada 4 September 2011 secara rasminya. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli keluarga  dan para ibu bapa kerana memberikan kepercayaan penuh kepada pihak TPA Qiraati As-Syakirin dalam mendidik anak-anak tuan/puan  selaras dengan motto TPA Qiraati As-Syakirin iaitu MEMBINA GENERASI AL- QURAN insyallah. Sukacita dimaklumkan bahawa TPA Qiraati As-Syakirin sekarang ini  telah pun mempunyai pelajar seramai 10 orang , sehubungan itu pihak pengurusan ingin menyatakan prosidur pengurusan dan kadar bayaran di TPA Qiraati As-Syakirin.

1. Pendaftaran Kelas         - menggunakan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak
                                               pengurusan TPA Qiraati As-Syakirin. Semua pelajar wajib mengisi 
                                               borang yang diberikan untuk rekod pihak pengurusan.
2. Kadar Bayaran  
               
Pendaftaran                                                                       = RM 25.00
(untuk pelajar daftar bermula bulan September dan seterusnya sahaja)

Yuran Bulanan                                                                   = RM 25.00

1 set buku Qiraati ( Qiraati 1 hingga Qiraati 5 )                  = RM 15.00

1 buku Qiraati (berasingan)                                                = RM  3.50

Buku rekod / prestasi                                                         = RM  1.50

Buku Hafalan  / Doa dan Surah                                          = RM  3.00
*( untuk pelajar buku 4 / 5 dan Al-Quran sahaja)              


Buku Tajwid
Buku Qhorib / Muskilat / Rahsia Al-Quran                  
Buku Uthmani   / Rahsia Al-Quran                       -         Untuk pelajar Al- Quran sahaja.


* Kepada pelajar yang menggunakan Buku Iqra saya menggalakkan kepada pelajar tersebut supaya
   bertukar kepada buku Qiraati bagi memudahkan pembelajaran kaedah Qiraati.

3.  Waktu pengajian :

HARI                     :  AHAD HINGGA RABU
MASA                   : 8.00 malam  hingga 9.15 malam

* Kelas bercuti pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu serta hari-hari Kelepasan Am


Sekian Terima kasih,
Yang Benar,

(MOHD HAFIZ BIN AZAM)
Penyelaras TPA Qiraati As-Syakirin

No comments:

Post a Comment