Sunday 25 December 2011

PENGUMUMAN.....

KELAS QIRAATI BEREHAT SELAMA 1 MINGGU IAITU :-
DARI 25/12/2011 HINGGA 28/12/2011.
KELAS AKAN DIBUKA SEMULA PADA AHAD 1 JANUARI 2012 IAITU MINGGU PERSEKOLAHAN BERMULA...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...
TERIMA KASIH.....

Alhamdulillah...Tahniah dan Terima kasih...

Assalamualaikum....

Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan keberkatan dan pertolongan NYA TPA Qiraati As-syakirin akhirnya dapat menjalankan ibadah dan menyumbangkan ilmu Fardu Ain yang amat berguna kepada para perserta Kem Bestari Solat Siri 1 dan 2. Sesungguhnya segala amalan dan niat baik ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Seperti hadis rasullallah s.a.w yang selalu kita dengar iaitu.......
" Sesungguhnya apabila anak adam itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya di dunia kecuali 3 perkara sahaja  iaitu:-
1. Doa anak-anak yang soleh
2. Sedekah jariah yang telah dilakukan di dunia.
3. Ilmu yang bermanfaat yang telah diberikan."
Insyallah, moga kita semua tergolong dengan 3 perkara di atas....aminn

Secara keseluruhan ...semua peserta memberikan kerjasama dan penghayatan ilmu yang baik..dan saya amat berharap selepas kem ini para peserta dapat menjalankan ibadah solat dengan lebih baik, teratur dan diterima amalan oleh Allah swt. Dan insyallah dengan sokongan ibu bapa bagi memastikan anak anak kita menjalankan ibadah ini.sudah tentu pendekatan solat akan menjadi amalan yang sebati dengan jiwa anak anak kita...dan kita semua dapat beroleh keberkatan daripadaNYA...

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA....dan terima kasih juga kepada Semua ibu bapa/waris kerana memberikan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada TPA Qiraati As-Syakirin bagi mendidik anak anak tuan/puan...tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Surau TMJF2 kerana sudi menyediakan tempat bagi menjayakan kem ini. Seterusnya terima kasih juga kepada ajk Kem Bestari Solat kerana bertungkus lumus menjayakan program ini sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Sesungguhnya Jasa baik semua pihak hanya Allah yang dapat membalasnya...

INSYALLAH...kalau diizinkan tuhan, tahun depan KEM ini akan kita jadi aktiviti tetap di surau TMJF2..dan ada juga kem yang dirancangkan juga akan diadakan seperti Kem Bahasa Jawi, Bahasa Arab , dan lain-lain lagi...

AKHIR KATA, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...MOGA KITA AKAN BERTEMU LAGI PADA KEM AKAN DATANG...INSYALLAH......JAZAKALLAHU QOIRAN KASIRAN...

**TPA QIRAATI AS-SYAKIRIN**KEARAH MELAHIRKAN GENERASI PINTAR AL-QURAN**