Tuesday 25 October 2011

Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada Ogos 2010. Pusat Qiraati As-Syakirin ini diberi nama bersempena dengan nama anaknya yang sulong iaitu Iman Syakirin Bin Mohd Hafiz yang mana beliau adalah pelajar generasi yang pertama  sejak penubuhan pusat qiraati ini. Pada mulanya beroperasi sebagai rumah biasa dan dijadikan kelas mengaji biasa sahaja, tetapi berbekalkan semangat dan azam yang kuat pengelola untuk menjadikan sebagai tempat membina generasi Al Quran, pengelola menghadiri kursus Pengajar Qiraati yang dianjurkan oleh Pusat Qiraati Zon Utara selama 3 hari di Taman Siswa Jitra. Alhamdulillah dengan azam dan kesabaran yang kuat pengelola telah pun berjaya mendapat pengiktirafan mengajar menggunakan kaedah Qiraati. Walaupun dengan berbagai ujian yang telah dijalankan oleh pihak Qiraati zon utara. Syukur kepada Allah dari seramai 100 lebih peserta dan hanya lebih kurang 50 sahaja peserta lulus ujian tashih Al Quraan bagi melayakkan menjadi tenaga pengajar pusat Qiraati...Allahhuakbar...
4 September 2011 jumlah pelajar bertambah kepada 10 orang  dan pusat Qiraati As-Syakirin telah pun didaftarkan dibawah Persatuan Qiraati Zon Utara. Insyallah TPA Qiraati ini berharap dengan izin Allah dapat dilimpahkan lagi rezeki dan ramai pelajar mengikuti kelas di pusat ini selaras dengan motto " MEMBINA GENERASI AL QURAN"..

No comments:

Post a Comment